Ahad, 21 Ogos 2011

daging masak kicap berkerisik

Bahan-Bahan :
1 kilo daging- dihiris nipis (nak cepat masak guna daging batang pinang)
1-2 sudu besar biji lada hitam (ditumbuk kasar)
2 sudu besar kicap pekat (tak pun guna kicap manis tp lebihkan lagi kuantitinya)
sedikit penumis (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
2 sudu makan serbuk kari daging
air asam jawa secukupnya
garam dan gula
2-3 sudu makan kerisik
air secukupnya

Bahan-Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
nak pedas masukkan ciling giling - ikut rasa nak pedas cam mana 

Cara-Caranya:

1.  Daging diperap bersama kicap pekat, lada hitam dan 2 sudu makan  daripada bahan kisar selama 1 jam .
2.  Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi.
3.  Kemudian, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
4.  Masukkan daging yang sudah diperap tadi. Kacau sebati. Apabila sudah hampir kering, masukkan air secukupnya. 
5.  Masukkan kicap manis secukupnya, garam, gula kerisik dan air asam jawa.
6.  Masak sehingga daging empuk serta kuahnya hampir pekat.
7.  Siap untuk dihidangkan...............

* sedap anak-anak pun suka.........cer tgk  gambar demo.......


dah tinggal skit baru ingat amik gambo.....






dap nyeeee

siap meratah lagi..... hai sok sahur kena masak lain lak......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan