Rabu, 17 Ogos 2011

desert ari nie......

Bahan-bahannya:

*     3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
*     4 keping roti (apa brand pun bole gak.....)
*     3 biji telur A / 4 biji gred B
*     2 cawan air suam / 1cwn susu cair+1cwn air suam
*     1/2 cawan susu pekat
*     1 sudu teh esen vanila

 Cara-caranya:

1.   Cara membuat gula hangus: masukkan gula ke dalam loyang, masak hingga gula jadi perang (gunakan api kecil). Kemudian masukkan 1 sudu besar air. Kacau hingga sebati dan matikan api. Ketepikan.

2.       Panaskan pengukus.Carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

3.       Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanila. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam).

Kalau suka leh tambah kismis atau mixed fruits ataupun buah dalam tin......
Selamat mencuba............pasti sedap.......


Ehsan daripada KongsiResepi.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan